Assalamualaikum semua. Sihat? Alhamdulillah. Di pagi yang ceria ini, saya nak kongsikan DIY yang kedua. Iaitu Botol Kaca Recycle.
Korang semua makan kicap kan? Ala,, saya tahu. Korang semua hantu kicap. Sebenarnya bahan keperluan yang penting dalam projek ini ialah botol kaca. Tak kesah kalau korang nak guna botol apa pon, asalkan kaca. Sebab tajuk dia pon botol kaca kan. Tapi kalau nak botol plastik pon boleh.
Dah ada? Bagus.. Jom kita tengok bahan keperluan.
- Botol kaca
- Berus
- Pallet
- Poster colour atau watercolour atau cat
- Gabus/ span
- Pengcungkil gigi
Okay, macam biasa tutup mata dan bayangkan corak apa yang korang nak buat dekat botol kaca ni. Apa-apa corak pon boleh. Asal korang bahagia.
Sekarang, ambil berus celup dekat warna, boleh guna pallet kalau nak senang dan lukis lah dekat atas botol tu. Saya tak guna air sebab nanti warna tu tak melekat. Boleh jugak kalau nak guna cat spray atau apa-apa sahaja cat. Asalkan boleh melakat. Guna permanent marker pon boleh.
Okay, ni saya punya yang saya sudah siapkan 3 tahun yang lalu. Haha. Ni dikira #throwback lah kan. Yang kuning dekat dalam bottle tu kertas. Saya letakkan note angan-angan atau 'list must to do before I die' la. Konon-kononnya dah besar nanti nak pecahkan dan nak baca balik.
Sekarang, kalau korang ada gabus, bolehlah tutup mulut botol tu. Tapi kalau tak ada jangan risau. Korang pernah beli pencil box kan? Dekat dalam tu kan ada span, jangan buang span tu. Banyak manfaat nye tau.
Tapi kalau korang dah 'terrrr' buang, bolehlah curi mak korang punya span dekat dapur. Hehehe^^
Lepas tu saya ada pencungkil gigi dan teddy bear yang mini ni. Comel je.
Apa yang korang perlu buat ialah cucukkan pencungkil gigi tu dekat bawah teddy bear. Alamak~ kesiannye..
Lepastu cucukkan dengan span pulak. Dah siap. Macam jadinya.
Kalau korang nak cat span tu pon boleh. Jadi kreatif la sikit ye. Kalau korang tak nak guna teddy bear pon boleh. Boleh buat bentuk awan ke, mustache ke guna paper lepastu lekatkan dekat pencungkil gigi. Banyak idea sebenarnya yang boleh diaplikasikan dekat sini.
okay, inilah rupa botol kaca saya ni. Selain boleh buat tempat simpan nota rahsia, boleh juga lah dijadikan sebagai perhiasan dalam bilik tidur ke dapur ke.. Mana-mana saja pon boleh. Kalau korang buat, saya nak tengok juga tau. Hehe~
Itu sahaja, jumpa di lain masa. Bye.
Nak, ini antara hasil orang lain yang saya jumpa dalam Mr. Google.
cantik kan? :D
No comments:
Post a Comment