Baiklah, jom kita lihat bagaimana caranya.
- Study group.
Baik, saya percaya korang dah banyak kali buat aktiviti ini kan? Sama ada dalam kelas mahupun di rumah korang. Tapi, macam tidak berkesan je kan? Macam sia-sia saja. Mesti korang rasa macam lebih baik belajar sendiri. Haaaaaa~ Korang nak tahu sebab apa korang rasa macam tu? Sebabnya, korang cuma berkumpul tapi hakikatnya korang buat hal sendiri. Tak percaya? Cuba korang tengok., ada tak antara korang yang main smartphone yang terlebih canggih tu? Ada tak yang tengah sms dengan pakwe/makwe? Ada tak yang tengah dengar lagu? Ada? Ada? Ada?? Kalau ada,,, hentikannya. Hentikannya sebab perjumpaan tu memang akan jadi sia-sia. SERIOUS AKU CAKAP.
Untuk jadikan study group ni lebih berkesan, mesti buat peraturan. Peraturannya adalah tidak boleh main sms atau senang, jangan sentuh phone. Tapi kalau nak pasang lagu tu boleh kot. Lepas tu korang bahagikan tajuk-tajuk kepada semua orang yang ada dekat situ. Contohnya, Ahmad tajuk 1. Ah Chong tajuk 2. Ranjit tajuk3. fuyooo~ berbilang bangsa nampak.
Okay, lepas sudah dapat tajuk, study tajuk tu untuk beberapa minit dan bolehlah buat nota ringkas dan kemudian terangkan semula kepada rakan-rakan. Dengan cara ini, bukan sahaja korang dapat ingat, malah korang dapat melatih diri korang untuk bercakap di depan. Senang je dan seronok tau.
- Buat Nota
Lepas korang dah ajar kawan korang tu, kan saya ada suruh buat nota ringkas tu kan? Ha, bolehlah cantikkan sikit nota tu lepastu edarkan dekat kawan2. Contonhya, Ahmad yang buat tajuk 1 akan edarkan nota tajuk 1, Ah Chong pula tajuk 2 dan seterusnya. Jadi senanglah, tak payah nak buat banyak-banyak kali. Cara nak buat nota ni pun satu hal gak. Sebaik-baiknya cantikkan sikit tulisan, Nak type dekat computer pun boleh. Kalau boleh, gunalah peta I-Think waktu nak buat nota tu bagi mengelakkan bosan. Gunakan pelbagai warna supaya menarik dan yang penting, tak payah panjang menjela sangat.
- Buat powerpoint atau publish nota dalam internet.
Okay, bagi saya inilah yang best. Saya banyak kali buat powerpoint bila nak ulangkaji. Memang orang kata macam leceh, tapi bagi saya ianya sangat enjoy sebab boleh tambah warna, ada gambar gerak-gerak, boleh letak lagu dan macam-macam lagi. Kalau tak pon, korang boleh buat nota ringkas dan publish kan dalam blog korang. Kalau ada blog lah. Kalau tak pon, dalam fb pon boleh kot. Baru maanfaat sikit fb tu kan? Daripada gossip memanjang. Bila time nak exam, buka je balik powerpoint tu dan tengok. Bukan korang sahaja tau dapat maanfaat, semua orang dapat mengulangkaji dengan mudah kalau korang kongsikan hasil powerpoint tu.
- Rakam Suara
Ha! Ini pon best. Daripada asyik rakam suara korang menyanyi tu, lebih baik korang rakam nota-nota. Maksudnya, korang rakam suara korang yang tengah membaca nota-nota penting. Tapi suara tu kenalah jelas. Tak payah susah-susah nak beli perakam suara, dekat dalam phone korang kan ada app untuk record. Record saja dekat situ. Bila ada waktu-waktu senggang boleh lah dengar kan. Contohnya, waktu nak tidur ke atau dalam perjalanan nak balik kampung. Tidak lah membazir masa kan? Kaedah ni sangat berguna untuk menghafal fakta-fakta. Lagi-lagi matapelajaran sejarah. Arghhh,, banyak nye fakta.
Ha,, hari tu cikgu sejarah saya ada kata yang kalau nak senang ingat tarikh, tengok nombor plat kereta time kita dalam perjalanan. Kan ada beribu kereta kan, so kalau korang ada jumpa no plate 1845 ke,, korang boleh lah ingat balik peristiwa yang berlaku pada tahun itu.
Faham x?
- Jadi kreatif - bina model/arca
Banyak cara sebenarnya. Antara yang saya lakukan ialah dengan membuat arca. Contohnya matapelajaran sains yang kita belajar ada banyak bahagian-bahagian anggota badan kan. Contoh lagi seperti telinga. Korang binalah model/arca telinga lepastu labelkan. Jangan lupa letak fungsinya. Bagi sesiapa yang agak malas tu memang akan rasa leceh la. Tapi bagi saya, cara ini sangat enjoy. Kalau dah tak cukup ruang nak letak dekat dalam bilik, boleh bawa ke sekolah dan letak dekat belakang kelas. Boleh tambah markah kalau-kalau ada pertandingan keceriaan kelas tau.
- Nota Dinding
Alamak, ini bagi sesiapa yang parents dia tak kesah saja ya. Jangan lakukan kalau parents korang tak kasi. Nanti susah pulak. Tapi macam saya, parents saya tak kesah. Nak tengok? Nah..
Dekat bawah ada lagi. Tapi yang ni ada saya conteng-conteng benda lain. hehe.. tapi nampak kan ada jantung, buah pingga semua tu kan?
Ha,, lagi senang. Tak payah nak buka buku, sambil-sambil baring tengah merenung masa depan tu, boleh lah ulangkaji. Tapi kalau korang tak nak nota tu kekal, korang boleh guna chalk paint. Lagi senang, tulis saja guna kapur lepastu boleh padam. Ala,, macam papan hitam tu..
Contoh :
kreatif kan? Seronok pulak tu.
- Buat Lagu
Okay, yang ini saya jarang buat. Ada tapi waktu saya darjah 1,2 dan 3 saja. Sebab ustazah saya yang bagi idea. Tak payah susah-susah nak guna melodi apa, guna saja melodi lagu kanak-kanak macam lagu enjet-enjet semut ke, lenggang kangkung ke. Apa-apalah. Tapi kalau nak gempak, guna melodi lagu sekarang pon boleh. Cuma tukar lirik saja. Pastikan sesuai dan ada point la.
Cuba bayangkan korang nyanyi lagu ombak rindu tapi lirik subject sej. Hahahaha.. macam kelakar je. Nyanyi nyorok-nyorok lah ye.
- Dengar lagu/radio/dokumestari/berita
Ha,, ini dah biasa dah. Dekat sekolah pon pernah buat. Tapi bagi sesiapa yang tidak pernah buat, boleh cuba. Korang kena sediakan pen dan kertas la ye. Sebab sambil korang dengar radio/berita/dokumentari atau apa-apa sahaja, korang boleh senaraikan perkataan-perkataan yang korang rasa baru dan jarang didengari. Lepas sudah senaraikan boleh cari maksud yang lebih detail dekat dalam kamus. Lepas tu cuba masukkan perkataan-perkaataan baru tersebut ke dalam karangan korang supaya ayat korang jadi lebih gramatis.
Sekian sahaja pada kali ini. Ini lah sedikit sebanyak tips yang saya dapat kongsikan bersama korang. Saya harap korang dapat manfaat dan berusaha bersungguh-sungguh dan akhirnya berjaya. Doakan saya juga ya. Kita sama-sama kongsikan ilmu yang ada supaya lebih berjaya.
Terima kasih, bye.
No comments:
Post a Comment