Check this!

Monday, 15 December 2014

DIY : Cara nak buat frame dengan mudah

Assalamualaikum. Jadi, ini adalah post kedua saya untuk hari ini. Jadi, sebenarnya saya nak gantung banyak frame dekat dinding rumah saya yang berwarna cream ni. Boring pula kalau dibiarkan kosong. Oleh itu, saya perlukan banyak frame. Disebabkan parents saya tak nak sponsor saya untuk projek ini, saya pun terpaksa fikirkan jalan lain. Itu yang timbul nak idea nak buat frame sendiri.
Nasib baiklah saya ada banyak lebihan kayu daripada projek reka cipta KHB, tak salah saya manfaatkan kayu-kayu itu kan. Lagipun saya sayang nak buang.

Apa yang saya perlukan ialah gam, kayu dan kertas pasir. Saya pun mengkertas pasirkan kayu tu supaya lebih kemas. Kemuadian, saya gamkan kayu2 tersebut. Lebih baik kalau ada gam kayu, tapi saya guna sahaja gam apa yang dekat rumah ini asalkan melekat.


Tengok, sebenarnya kayu yang saya ada berbeza-beza dari segi warna. Lepastu pula ada yang panjang dan yang pendek. So, saya pandai-pandai lah kan nak adjust maca mana supaya nampak lagi cantik. 
So, dah jadi frame. Saya tak ada kaca, jadi frame ini pun tidak berkaca. 


Lepastu carilah gambar atau apa-apa sahaja untuk diframekan. Dibelakang, saya gunakan kadbod suapaya gambar boleh diletakkan dengan baik. 


Jangan lupa beli cangkuk untuk gantung frame ini.
Okay, siap. 


Psst: harap-harap korang faham ayat saya yang tunggang terbalik ni.


DIY: Bagaimana nak buat buku dengan cara yang mudah

Assalamualaikum saya ucapkan pada pagi yang sudah tidak berapa pagi ini. Hari ni saya nak tunjukkan buku-buku yang simple yang saya sudah buat. Sebenarnya waktu saya nak kemas rumah ni, saya jumpa banyak gile buku-buku latihan time saya darjah 1 sampai sekarang yang masih belum digunakan. Lepastu pula saya check lagi buku-buku yang sudah bertulis, ada banyak buku yang sudah bertulis tapi masih ada banyak lagi baki muka surat yang belum diconteng. Selalu nya, adik2 saya yang seronok ambil buku-buku ni untuk dijadikan buku conteng.

Jadi, sebab saya sayang nak buang helaian muka surat yang belum di tulis atau diconteng, saya pun kumpul lah semua helaian yang masih bersih suci murni itu. Okay, ini lah dia.

saya pun kumpul kulit buku latihan jugak untuk dijadikan kulit buku. Tapi, kalau korang nak guna kertas manila atau kertas warna pun boleh.
 Ini pula bahan-bahan yang saya perlukan

gam, gunting, stepler besar dan kecil, pemadam untuk alas stepler, binding tape dan sebagainya.

Jadi, untuk mula, saya ambil kertas2 tadi agak-agak tidak tebal sangat dan tidak terlalu nipis. Kemudian saya ambil 2 kulit buku dan gamkan bersama (supaya kulit buku lebih tebal). Saya terbalikkan kulit buku itu. Yang bercetak biar dekat dalam dan yang tidak bercetak di luar. Kemudian saya stepler di tengah.
Untuk stepler, saya letakkan pemadam di bawah buku untuk memudahkan kerja menstepler. 

                                            

lepastu binding guna binding tape kalau nak. So, inilah rupa asas buku yang saya buat. Tapi saya tak berapa nak suka bila buku ni plain semacam. Nampak boring. Jadi, saya pun makeup kan dia.

 


Tada!! Saya ada juga print gambar-gambar yang cantik dan lekatkan di atas buku itu supaya nampak lebih cantik. Ada juga yang saya balut menggunakan kertas warna dan kertas manila.

Atas usaha ini, ceh,usahalah sangat.. :p, saya dapat 16 buah buku baru tau. Banyak tu. Tak payah membazir beli buku tau.

Tapi, yang bawah ini special sikit. Design dia lain daripada yang atas ni. Ala-ala diary gitu. Siap ada reben lagi.Hahaha.

Kalau korang nak lebih advance, sebenarnya korang boleh letak kadboard dekat kulit buku tu supaya lebih keras. Untuk nak cantikkan lagi, korang juga boleh gunakan fabrik sebagai pembalut. Itu, korang kena jahitlah. Tapi saya tak buat tu sebab agak berat tulang. Hehehe

Okay, itu saja, Bye... 












Thursday, 6 November 2014

7 Tips ulangkaji dengan berkesan tanpa membosankan.

Assalamualaikum semua. Selamat datang ke blog ini saya ucapkan. Saya pasti korang yang berkunjung untuk melihat post ini merupakan pelajar yang mempunyai usaha untuk berjaya. Sebab apa? Sebab korang sanggup cari tips nak ulangkaji pelajaran dekat internet walaupun korang dah tahu macam mana caranya bukan? Tak apalah, dalam entry kali ini, saya akan kongsingkan sedikit sebanyak cara saya belajar dengan cara yang lebih enjoy dan yang paling penting, TAK MEMBOSANKAN.

Baiklah, jom kita lihat bagaimana caranya.




  • Study group.

Baik, saya percaya korang dah banyak kali buat aktiviti ini kan? Sama ada dalam kelas mahupun di rumah korang. Tapi, macam tidak berkesan je kan? Macam sia-sia saja. Mesti korang rasa macam lebih baik belajar sendiri. Haaaaaa~   Korang nak tahu sebab apa korang rasa macam tu? Sebabnya, korang cuma berkumpul tapi hakikatnya korang buat hal sendiri. Tak percaya? Cuba korang tengok., ada tak antara korang yang main smartphone yang terlebih canggih tu? Ada tak yang tengah sms dengan pakwe/makwe? Ada tak yang tengah dengar lagu? Ada? Ada? Ada?? Kalau ada,,, hentikannya. Hentikannya sebab perjumpaan tu memang akan jadi sia-sia. SERIOUS AKU CAKAP.

Untuk jadikan study group ni lebih berkesan, mesti buat peraturan. Peraturannya adalah tidak boleh main sms atau senang, jangan sentuh phone. Tapi kalau nak pasang lagu tu boleh kot. Lepas tu korang bahagikan tajuk-tajuk kepada semua orang yang ada dekat situ. Contohnya, Ahmad tajuk 1. Ah Chong tajuk 2. Ranjit tajuk3. fuyooo~ berbilang bangsa nampak.

Okay, lepas sudah dapat tajuk, study tajuk tu untuk beberapa minit dan bolehlah buat nota ringkas dan kemudian terangkan semula kepada rakan-rakan. Dengan cara ini, bukan sahaja korang dapat ingat, malah korang dapat melatih diri korang untuk bercakap di depan. Senang je dan seronok tau.


  • Buat Nota
Lepas korang dah ajar kawan korang tu, kan saya ada suruh buat nota ringkas tu kan? Ha, bolehlah cantikkan sikit nota tu lepastu edarkan dekat kawan2. Contonhya, Ahmad yang buat tajuk 1 akan edarkan nota tajuk 1, Ah Chong pula tajuk 2 dan seterusnya. Jadi senanglah, tak payah nak buat banyak-banyak kali. Cara nak buat nota ni pun satu hal gak. Sebaik-baiknya cantikkan sikit tulisan, Nak type dekat computer pun boleh. Kalau boleh, gunalah peta I-Think waktu nak buat nota tu bagi mengelakkan bosan. Gunakan pelbagai warna supaya menarik dan yang penting, tak payah panjang menjela sangat. 


  • Buat powerpoint atau publish nota dalam internet.
Okay, bagi saya inilah yang best. Saya banyak kali buat powerpoint bila nak ulangkaji. Memang orang kata macam leceh, tapi bagi saya ianya sangat enjoy sebab boleh tambah warna, ada gambar gerak-gerak, boleh letak lagu dan macam-macam lagi. Kalau tak pon, korang boleh buat nota ringkas dan publish kan dalam blog korang. Kalau ada blog lah. Kalau tak pon, dalam fb pon boleh kot. Baru maanfaat sikit fb tu kan? Daripada gossip memanjang. Bila time nak exam, buka je balik powerpoint tu dan tengok. Bukan korang sahaja tau dapat maanfaat, semua orang dapat mengulangkaji dengan mudah kalau korang kongsikan hasil powerpoint tu.



  • Rakam Suara
Ha! Ini pon best. Daripada asyik rakam suara korang menyanyi tu, lebih baik korang rakam nota-nota. Maksudnya, korang rakam suara korang yang tengah membaca nota-nota penting. Tapi suara tu kenalah jelas. Tak payah susah-susah nak beli perakam suara, dekat dalam phone korang kan ada app untuk record. Record saja dekat situ. Bila ada waktu-waktu senggang boleh lah dengar kan. Contohnya, waktu nak tidur ke atau dalam perjalanan nak balik kampung. Tidak lah membazir masa kan? Kaedah ni sangat berguna untuk menghafal fakta-fakta. Lagi-lagi matapelajaran sejarah. Arghhh,, banyak nye fakta.
Ha,, hari tu cikgu sejarah saya ada kata yang kalau nak senang ingat tarikh, tengok nombor plat kereta time kita dalam perjalanan. Kan ada beribu kereta kan, so kalau korang ada jumpa no plate 1845 ke,, korang boleh lah ingat balik peristiwa yang berlaku pada tahun itu.
Faham x?



  • Jadi kreatif - bina model/arca
 Banyak cara sebenarnya. Antara yang saya lakukan ialah dengan membuat arca. Contohnya matapelajaran sains yang kita belajar ada banyak bahagian-bahagian anggota badan kan. Contoh lagi seperti telinga. Korang binalah model/arca telinga lepastu labelkan. Jangan lupa letak fungsinya. Bagi sesiapa yang agak malas tu memang akan rasa leceh la. Tapi bagi saya, cara ini sangat enjoy. Kalau dah tak cukup ruang nak letak dekat dalam bilik, boleh bawa ke sekolah dan letak dekat belakang kelas. Boleh tambah markah kalau-kalau ada pertandingan keceriaan kelas tau.



  • Nota Dinding
Alamak, ini bagi sesiapa yang parents dia tak kesah saja ya. Jangan lakukan kalau parents korang tak kasi. Nanti susah pulak. Tapi macam saya, parents saya tak kesah. Nak tengok? Nah..

Dekat bawah ada lagi. Tapi yang ni ada saya conteng-conteng benda lain. hehe.. tapi nampak kan ada jantung, buah pingga semua tu kan? 
Ha,, lagi senang. Tak payah nak buka buku, sambil-sambil baring tengah merenung masa depan tu, boleh lah ulangkaji. Tapi kalau korang tak nak nota tu kekal, korang boleh guna chalk paint. Lagi senang, tulis saja guna kapur lepastu boleh padam. Ala,, macam papan hitam tu..
 Contoh :

kreatif kan? Seronok pulak tu.


  • Buat Lagu
Okay, yang ini saya jarang buat. Ada tapi waktu saya darjah 1,2 dan 3 saja. Sebab ustazah saya yang bagi idea. Tak payah susah-susah nak guna melodi apa, guna saja melodi lagu kanak-kanak macam lagu enjet-enjet semut ke, lenggang kangkung ke. Apa-apalah. Tapi kalau nak gempak, guna melodi lagu sekarang pon boleh. Cuma tukar lirik saja. Pastikan sesuai dan ada point la. 
Cuba bayangkan korang nyanyi lagu ombak rindu tapi lirik subject sej. Hahahaha.. macam kelakar je. Nyanyi nyorok-nyorok lah ye.


  • Dengar lagu/radio/dokumestari/berita
Ha,, ini dah biasa dah. Dekat sekolah pon pernah buat. Tapi bagi sesiapa yang tidak pernah buat, boleh cuba. Korang kena sediakan pen dan kertas la ye. Sebab sambil korang dengar radio/berita/dokumentari atau apa-apa sahaja, korang boleh senaraikan perkataan-perkataan yang korang rasa baru dan jarang didengari. Lepas sudah senaraikan boleh cari maksud yang lebih detail dekat dalam kamus. Lepas tu cuba masukkan perkataan-perkaataan baru tersebut ke dalam karangan korang supaya ayat korang jadi lebih gramatis.

Sekian sahaja pada kali ini. Ini lah sedikit sebanyak tips yang saya dapat kongsikan bersama korang. Saya harap korang dapat manfaat dan berusaha bersungguh-sungguh dan akhirnya berjaya. Doakan saya juga ya. Kita sama-sama kongsikan ilmu yang ada supaya lebih berjaya.
Terima kasih, bye.



DIY: Botol Kaca Recycle


Assalamualaikum semua. Sihat? Alhamdulillah. Di pagi yang ceria ini, saya nak kongsikan DIY yang kedua. Iaitu Botol Kaca Recycle.
Korang semua makan kicap kan? Ala,, saya tahu. Korang semua hantu kicap. Sebenarnya bahan keperluan yang penting dalam projek ini ialah botol kaca. Tak kesah kalau korang nak guna botol apa pon, asalkan kaca. Sebab tajuk dia pon botol kaca kan. Tapi kalau nak botol plastik pon boleh. HAHA.

Dah ada? Bagus.. Jom kita tengok bahan keperluan.



  • Botol kaca
  • Berus
  • Pallet
  • Poster colour atau watercolour atau cat
  • Gabus/ span
  • Pengcungkil gigi

Okay, macam biasa tutup mata dan bayangkan corak apa yang korang nak buat dekat botol kaca ni. Apa-apa corak pon boleh. Asal korang bahagia.

Sekarang, ambil berus celup dekat warna, boleh guna pallet kalau nak senang dan lukis lah dekat atas botol tu. Saya tak guna air sebab nanti warna tu tak melekat. Boleh jugak kalau nak guna cat spray atau apa-apa sahaja cat. Asalkan boleh melakat. Guna permanent marker pon boleh.


Okay, ni saya punya yang saya sudah siapkan 3 tahun yang lalu. Haha. Ni dikira #throwback lah kan. Yang kuning dekat dalam bottle tu kertas. Saya letakkan note angan-angan atau 'list must to do before I die' la. Konon-kononnya dah besar nanti nak pecahkan dan nak baca balik. 

Sekarang, kalau korang ada gabus, bolehlah tutup mulut botol tu. Tapi kalau tak ada jangan risau. Korang pernah beli pencil box kan? Dekat dalam tu kan ada span, jangan buang span tu. Banyak manfaat nye tau.
Tapi kalau korang dah 'terrrr' buang, bolehlah curi mak korang punya span dekat dapur. Hehehe^^


Lepas tu saya ada pencungkil gigi dan teddy bear yang mini ni. Comel je. 
Apa yang korang perlu buat ialah cucukkan pencungkil gigi tu dekat bawah teddy bear. Alamak~ kesiannye..
Lepastu cucukkan dengan span pulak. Dah siap. Macam jadinya.

Kalau korang nak cat span tu pon boleh. Jadi kreatif la sikit ye. Kalau korang tak nak guna teddy bear pon boleh. Boleh buat bentuk awan ke, mustache ke guna paper lepastu lekatkan dekat pencungkil gigi. Banyak idea sebenarnya yang boleh diaplikasikan dekat sini. 


okay, inilah rupa botol kaca saya ni. Selain boleh buat tempat simpan nota rahsia, boleh juga lah dijadikan sebagai perhiasan dalam bilik tidur ke dapur ke.. Mana-mana saja pon boleh. Kalau korang buat, saya nak tengok juga tau. Hehe~ 
Itu sahaja, jumpa di lain masa. Bye.

Nak, ini antara hasil orang lain yang saya jumpa dalam Mr. Google.




cantik kan?  :D



DIY: Papan kenyataan yang menarik

  Assalamualaikum. Pada malam yang ditemani dengan hujan renyai-renyai ni, saya rasa bersemangat nak publish post yang pertama saya dalam DIY. Baiklah, jom kita tengok apa bahan keperluannya.





  • Berus 
  • Cat minyak
  • Pallet
  • Mounting board/ polystyrene board
  • Paku/ double sided tape 
  • Paku tekan                                    

  
Dalam projek ini, saya gunakan cat minyak, jadi harap maklum lah yang berus tu nanti akan jadi keras dan cat minyak tu busuk sikit. Kena sabar ya. Tapi tak tahulah kalau korang punya cat minyak okay je, sebab saya punya jenis yang murah je. Almaklumlahh~

Jom kita mula, sekarang korang kena pejam mata. Jangan buka mata selagi korang tak dapat corak apa yang korang nak lukis dekat atas board tu, tau!
Jangan bukak ....

Okay, sekarang dah dapat? Sekarang, ambil berus celup kan sikit dekat cat,
dan teruslah lukis. Dah habis lukis, biar kering.
Dah habis kering, ambil  paku, atau letak double sided tape, lekatkan dekat dinding.
Siap!                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                            


Nah, ini yang saya sudah siapkan. Tapi yang ini saya gunakan polystyrene board tau. Saya lekatkan guna double sided tape. Tapi kalau guna board yang lebih berat, boleh la guna paku supaya tak jatuh. Papan kenyataan ni sesuai untuk letak dekat dalam bilik belajar mahupun dalam kelas.                                   

Dalam bilik tidur pon boleh. Ha! Dapur pon bolehlah. Selain berfungsi untuk lekat-lekatkan kertas, boleh jadi sebagai perhiasan dinding. Ala-ala lukisan yang mak korang selalu beli tu. 

Semoga DIY ini dapat hilangkan kebosanan korang sebagaimana saya yang kepishangan sekarang ini. Almaklumlah cuti 2 bulan~.Hehe.

Siapa yang nak cuba tu, persilakanlah. Boleh jugak kalau nak kasi saya tengok hasilnya. Selamat mencuba!
Bye!

Wednesday, 5 November 2014

Happy Khamis

Assalamualaikum. Okay, inilah post pertama saya dalam blog ini. Dah banyak blog dah saya buat sebenarnya, tapi asyik lupa saja password nya. :D

Tujuan blog ini dicipta adalah untuk saya berkongsi idea dengan korang tentang kraf-kraf atau DIY yang saya buat. Saya bukan lah guru seni atau pemilik kedai kraf, tapi saya sangat berminat dalam aktiviti ini. Saya akan berkongsi turtorial dengan korang dan kalau ada pertanyaan, boleh la comment atau tanya melalui email. Saya juga ada instagram, iaitu 'saraalyaa'. Boleh lah follow sebab saya juga ada kongsikan sedikit sebanyak kraf atau apa-apa yang saya lakukan dekat situ.

Ada juga post atau idea yang saya dapat inspirasi dari web lain. Kalau ada, saya akan bagi link ya.

Saya ada fb dan twitter, tapi tak aktif. Jadi, tak payah tahu la kot. Dan saya juga boleh meng'edit' gambar. Jadi bagi sesiapa yang nak request poster untuk fanfic, boleh je request dekat saya. Cuma bagi watak utama, sinopsis atau mungkin apa-apa sahaja idea yang korang mungkin mahu untuk poster tersebut. Jangan lupa untuk letakkan tema sekali ye. Insya Allah nanti saya buatkan untuk korang.


Nah, muah sikit. Hahaha..